photo 5964a3eb-80ba-4b94-9b5b-68cef58934c4.jpg



sha's tipslittle shachit chatcontact me

Monday, January 26, 2015
MASKER BERAS :) @ 2:31 AM

Okay hi, assalamualaikum semua, post kali ni tentang cara membuat masker beras untuk putihkan muka korang tu haa, haaa eksaited taak? Pelik kan beras buat masker, selalu beras orang buat makan nasi je, ha tu lahh beras pun boleh buat muka kita cantik tau. Beras ni satu keperluan untuk manusia, takda beras boleh mati kelaparan la kan, kandungan and nilai nutrisi dalam beras ni memang tak payah nak ragu2 dah bukan je bagus untuk makanan, tapi bahan perawatan yang digunakan dari nenek moyang kita lagi. Masker ni boleh menjadikan kulit kita ni putih, halus and bebas dari jerawat yang kita benci sangat tu kan.
Memang zaman sekarang ni banyak btul produk kecantikan yang ada jual kat luar tu, tapi kita tak tau kandungan and bahan bahan yang digunakan dalam tu, ada yang banyak bahan chemical, merkuri, eh macam macam lah,  yang boleh buat kulit muka kita rosak, nak pulihkan balik dalah ambil masa yang lama, sesuka hati je orang yang tak bertanggung jawab ni main buat je produk tak tentu arah, kita ni pengguna patut berhati hati.
Guna bahan semula jadi atau tradisional ni, bukan lah ketinggalan zaman tapi ia lagi terjamin and selamat digunakan, ye dak?
NI HA CARA CARA DIA NAK BUAT MASKER WAJAH MENGGUNAKAN BERAS




Bahan:
Beras putih 3 genggam:  Untuk hasil terbaik, Ambil beras yang bebas bahan pemutih dan pengawet tau tau



Madu asli sediakan secukupnya:  Just guna je madu asli, bahan ni akan menutrisi kulit wajah uolss tu, menegangkan kulit korang, dan anti radang. Fungsi madu untuk mengentalkan, sekaligus menutrisi kulit. Tapi kalau korang susah nak dapatkan madu, boleh gantikan dengan minyak zaitun or air panas ok.



Cara membuat:
Rendam beras dalam bekas dengan air secukupnya petang tu, dan biarkan terendam semalaman. Keesokan harinya beras dah jadi lembut tu, tumbuk dan haluskan hingga rata, lepas tu jemur bawah matahari sampai kering. Simpan dalam bekas kalau dah kering.
Cara pemakaian:
§  Ambil 2 sendok tepung beras yang korang da buat, campurkan 2 sudu madu asli dan kacau hingga rata. (Da macam resepi memasak la plak en) Boleh jgk nak tambah dengan minyak zaitun, sampai cukup kental untuk letak kat muka.
§  Sapukan pada seluruh muka dan leher korang, letak jauh sikit dari mata dan bibir.
§  Biarkan masker ni sampai 20 atau 30 minit, lepas itu bilas dengan air hingga bersih. Keringkan dengan tuala bersih, ok.
Perawatan wajah masker beras ini boleh dilakukan 1 minggu sekali secara rutin untuk mendapatkan hasil yang bagus gituu. Manfaat masker beras ini sesuai dengan tujuan kecantikan, mcm melembutkan, mencerahkan kulit wajah dan mencegah jerawat. Walaupun hasilnya tak secepat kosmetik buatan tu, namun cara ni terjamin selamat and buat korang nampak cantik dalam jangka waktu lama.
NOTE: Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit, even kering, berminyak, berjerawat and macam2 la. SELAMAT MENCUBA


XOXO :)

source : google image