photo 5964a3eb-80ba-4b94-9b5b-68cef58934c4.jpg



sha's tipslittle shachit chatcontact me

Monday, January 26, 2015
TIPS MEMILIH FOUNDATION YANG BETUL @ 1:48 AM

Hi and assalamualaikum semua, post saya harini saya nak cakap tentang kecantikan, semua orang dalam dunia ni nak cantik kan, macam Nora Danish ataupun Taylor Swift, betul tak. Mungkin korang selalu insecure dengan kawan kawan korang yang lagi cantik dari korang. Mula lah stalk diorang, diorang pakai produk apa, pakai make up apa, and so on kan. Jangan risau lah pasal semua tu, sebab Allah jadikan semua manusia cantik cantik belaka dan mempunyai kelebihan yang tersendiri kan. So tak payah la nak rasa down dengan fizikal yang korang ada, yang penting keyakinan tu  mesti ada.

Perempuan, mana mungkin berpisah dengan kecantikan, walaupun kadang kadang tak beli tapi sekadar cuci mata dan tahu apa yang terkini dan terbaik di pasaran itu boleh merelease kan hormon-hormon stress, haha. Tambah lagi stress kalau nak beli poket tu tengah kering je, yang keluar dari wallet, adalah rama-rama, tak pun labah-labah. Hahaha. Melopong, terkedu aje lahh kat situ kan.

Ha, okay harini nak cakap pasal cara-cara atau tips untuk memilih foundation yang sesuai untuk kulit muka, mesti ramai yang nak tau kan and mesti ramai yang tanya.MACAM MANA NAK PILIH FOUNDATION YANG BOLEH BUAT KULIT KITA NAMPAK FLAWLESS??”



TANGGAPAN YANG SALAH #1 :
Haiyaaa kebanyakan wanita telah mempercayai konsep atau teori yang SALAH mengenai foundation atau bedak asas muka ni… Untuk pengetahuan kalian, fungsi sebenar foundation BUKANLAH untuk buat kulit kita nampak flawless okay? Tapi lebih tepat lagi, berfungsi untuk MERATAKAN TONA KULIT KITA.

TANGGAPAN YANG SALAH #2 :
Tanggapan kedua yang sering kita salah faham ialah kita anggap foundation ni berfungsi untuk mencerahkan kulit. Iskkk ini pon sedih tau. Aku pun kadang-kadang tak sedor diri beli foundation yang tona dia lebih cerah dari kulit sendiri. Sudahnye, bila pakai nampak sangat pelik, sebab warna kulit kat tangan lebih gelap!

Jadi jika dari awal lagi kita dah ada tanggapan yang salah mengenai fungsi foundation, macam mana kita nak pilih foundation yang tepat untuk kulit muka kita ye dak? Jadi berdasarkan pengalaman saya bertanyakan kepada beauty consultant, kepada jurumekap, membaca tips di majalah dan internet, saya nak share tips tu dengan korang :)



TIPS 1 : KENAL PASTI KONDISI KULIT MUKA ANDA!
Ada yang main taram aje beli foundation. Alhamdulillah kulit saya tak lah terlalu sensitive untuk produk-produk makeup ni, tapi usul periksa dulu bahan yang digunakan, jangan la pergi pakai bedal je. 
Kondisi biasa bagi wanita Malaysia adalah kulit normal, kering dan berminyak. Tak lupa jugak kulit sensitif. Bagi mereka yang kulitnya normal tapi cenderung kering, pilihan foundation yang berasaskan minyak, manakala kulit normal yang cenderung berminyak, pilih yang berasaskan air. Bagi yang kulit sensitif pula, minta nasihat pakar sebelum mencuba sesuatu produk.


TIPS 2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL !


Saya tengok ramai orang cuba foundation kat belakang tapak tangan. Kejadahnye? saya dulu pun masa takde pengetahuan mengenai ini buat jugak cara ni Kahkahkah. Mana yang paling masuk dengan tangan saya beli. Sabor je lah. Belakang tapak tangan kita tu TAK SAMA dengan muka. So kawasan yang betul nak cuba foundation ialah di pipi, dekat area rahang tu ha.. Kita calitkan ketiga-tiga tona tu dan tengok yang mana “paling serupa” atau “paling masuk dengan warna kulit”.


TIPS 3 : AMBIL BERAT MENGENAI USIA ANDA
Jika usia semakin meningkat, garis-garis halus atau kedutan akan mula kelihatan. Tapi kan sekarang ni saya tengok kita yang muda ni pon dah mula ada fine lines kat wajahhh! Oh nooo!! Menurut pembacaan saya, jenis foundation yang sesuai untuk menutup garis-garis halus adalah foundation jenis cream atau mousse.




TIPS 4 : KENAL PASTI TONA KULIT ANDA YANG PALING TEPAT!
Sekarang ni kan ade pengukur kecerahan ape benda entah tuu. Hahah. Macam yang saya sebut awal-awal tadi, foundation ni BUKANNYE untuk mencerahkan wajah tetapi lebih kepada meratakan tona kulit. Jadi, janganlah korang saje-saje pergi beli foundation dengan tona lebih cerah pulak. Serius pelik. Iskk. Tapi kalau saya ler, nak ber-photoshoot memang pakai foundation yang menampakkan kulit cerah supaya masuk je dengan apa-apa warna yang aku pakai.




TIPS 5 : PASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN FOUNDATION DENGAN AKTIVITI HARIAN ANDA!
Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria. Dah banyak kat pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat berhawa dingin, pilih foundation yang melembapkan kulit. Macam saya nak pergi class kan panas terik oi tak terkata, so pilih yang SPF dia tinggi.


TIPS 6 : PILIH PRODUK YANG TERBUKTI, DIYAKINI DAN DIIKTIRAF SELAMAT!
Haaa dah membeli tu jangan main taram beli yang kat pasar malam punye pulak! Ye memang kita nak beli barang yang murah.. Tapi apa guna kalau ia memudaratkan kulit wajah di masa akan datang? Kos perubatan bukan murah, dan kalau kulit wajah bermasalah, ia akan menjejaskan keyakinan kita nak jumpa orang ye dak? So pilihlah produk yang berkualiti dan tidak mengandungi bahan merbahaya kepada kulit.
Bagi yang nak kulit nampak flawless, mula-mula sekali mestilah jaga kulit dari langkah asas. CONTOH : Membersihkan muka setiap hari sebelum tidur, pakai pelembap atau produk yang sesuai. Bagi yang ada masalah parut jerawat di muka, pakailah krim atau minyak yang boleh memudarkan parut.


Macam saya ni, pakai je pimple gel follow me ni, kalau ada jerawat menyinggah je lantas, ha zasss letak benda alah ni kat muka, memang benda ni cepat berkesan and bertindak k. Dalam masa dua hari di macam kecut, and nak pudar la. Saya ni tangan gatal, Nampak je jerawat terus picit, then letak benda ni, nasib baik lah tak tinggalkan parut yang teruk.

Apa-apa pun, nak kulit yang sihat bolehlah amalkan minum air masak banyak-banyak, air wuduk dan pelbagai lagi petua Islamik dan petua menggunakan bahan semula jadi. Bila kulit sihat inshaAllah kurang le masalah kulit lepas tu tak yah pikir banyak nak pakai produk apa.. Tak gitu?


Well, semoga tips yang aku kongsikan di atas sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua yang membaca.. Itu je tips yang saya ingat.. Kalau rajin nak tahu lebih, boleh selak-selaklah majalah kesihatan dan website serta blog-blog tips kecantikan. Thanks!

XOXO :)

source : google image