photo 5964a3eb-80ba-4b94-9b5b-68cef58934c4.jpg



sha's tipslittle shachit chatcontact me

Tuesday, January 27, 2015
5 TIPS KECANTIKKAN DI WAKTU MALAM @ 1:17 AM

Hallu haluu, assalamualaikum sisterssss, haa nampak tak topic entry kali ni, penjagaan muka utk waktu malam ni penting tau, sebab malam lah yg paling sesuai untuk repair kulit muka uolss tu okay.
selalunya kita kan basuh muka and letak pelembab muka la pe la kan bila nak keluar. Benda ni dah jadi rutin harian and kita dah in mind set dalam diri. Tapi bila waktu malam je, badan mesti penat kan, patu tau mesti nak terus g tidur je dengan muka minyak minyak nya, kann.
Tapi korang kena ingat waktu malam hari yg paling elok untuk kita manjakan kulit muka kita yang telah sepanjang hari tercemar oleh habuk, terik matahari dan macam-macam lagi benda kotor yang mudah melekat kat muka kita ni kan.
Kali ini iolss akan kongsikan 5 tips kecantikkan diwaktu malam yang simple untuk merawat kulit muka agar keesokkannya kulit muka uolss akan terasa segar dan bersih. Peloless engkoo
1 ) Basuh Muka
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam , Tips Kecantikan Diwaktu Malam , Tips Kecantikkan
Membasuh muka tu benda penting yg kita kena buat lepas korang pakai make-up waktu siang tu. Even korang tak pakai make-up pun , basuh muka tu diharuskan sebab nak bersihkan segala kotoran yang melekat disiang hari tu. Mula mula basuh muka , patu dengan toner then night cream yang sesuai untuk kulit muka uolss k.
2 )  Dapatkan Tidur Yang Secukupnya.
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam , Tips Kecantikkan Diwaktu Malam , Tips Kecantikkan
Sebaik-baiknya untuk kita tidur kan 8jam sehari, tapi selalunya benda yang buat kita susah nak tidur sebab kesibukkan kita sekarang ni. Then pastikan korang boleh dapatkan kualiti tidur yang cukup dan betul-betul selesa untuk gantikan tidur yang kurang itu. Kalau boleh dapatkan tilam yang boleh memberi keselesaan buat kita , yang empuk empuk, boleh lompat2 tu, haha, walaupun kos dia agak tinggi  tapi berbaloi la kan untuk kita yang kurang tidur tu.
3 ) Krim mata
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam
Untuk yang kurang tidur tu , krim mata pun boleh menolong menyelesaikan masalah mata keletihan. Kulit dibawah mata kita ni kan nipis berbanding keseluruhan kulit muka , that's why kulit kt bawah mata mudah kering and menyebabkan kelihatan hitam disekitar mata dan sembab. Then penggunaan krim mata boleh mengatasi masaalah korang tu ok.
4 ) Masker muka
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam
Masker muka bukanlah benda yang nak kena buat hari-hari kan , korang tu mesti malas gak macam sha ni, haha. Just 2 kali seminggu je dah cukup la tu. Guna masker muka yang bersesuaian dengan kulit muka kita tau. Jangan pakai bedal je plak. Kang tengok bangun pagi sok, ha muka hilang, ah sudah, haha. Korang boleh letak timun kat mata masa pakai masker tu k.
5 ) Lebihkan meminum air kosong
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam
K even sebenarnya sha memang susah nak minum air kosong kan sebab tak suka (jangan ikut tau), air terbukti yang paling bagus untuk kulit. Kalau kekurangan air , kulit nanti nampak kering jer and mudah berkedut. Ha kang nampak dah tua plak. Jadi jalan yang terbaik adalah minum air dengan banyak. seeloknya satu jam segelas air kosong. Memang susah nak buat tapi kalau selalu amalkan boleh la kot jadi satu kebiasaan untuk kita ye dak?
Sha hope dengan perkongsian tips kecantikan diwaktu malam ni kan dapat lah tolong serba sikit masalah yang dihadapi oleh uolss yang ada masalah kulit muka tu k, SELAMAT MENCUBA 
XOXO :)

source : google image