photo 5964a3eb-80ba-4b94-9b5b-68cef58934c4.jpg



sha's tipslittle shachit chatcontact me

Tuesday, January 27, 2015
TUTORIAL MAKE UP UNTUK HIJABERS :) @ 1:48 AM

Hi hi hi semua uolss uolss yang cantik tertarik kau memang da bom tuu, assalamualaikum. Ha nak cakap post kali ni, pasal tutorial make up untuk hijabers tuu. Mesti korang ekzaitedd kan. Even sha tak selalu pakai make up, tapi post yang sha buat and video tutorial yang sha nak tunjuk tu pun untuk rujukan sha sendiri okay, saya sebenarnya tak pandai makeup :(
Banyak dah sekarang ni, aksesori yang kita boleh padan kan untuk nampak lebih cantik dan bergaya, bukan untuk yang free hair je, yang berhijab pun da banyak kan sekarang.
Kena lah pandai kan pilih aksesori, jangan main pilih je betul tak, kang kena gelak plak. Make up pun kena pandai, jangan pi make up macam opera cina tu ha, nak keluar g kedai kak senah hujung simpang tu jer, ha make up, mestilah ikut kesesuaian tempat jugak ok.


Berhijab dan ber-make-up pun bukan la susah sangat sebenarnya. Syaratnya, kena menyesuaikan make up dengan baju yang dikenakan ye dak? Ada banyak inspirasi make up untuk kita yang menggunakan hijab. Salah satunya make up natural tuu.Sha minat dekat fashion icon yang kat atas tu, ha mesti korang kenal Hana Tajima kan.
Kalau make up natural tu senang nak padan kan dengan apa kita pakai, takda lah nak pakai eye shadow kaler terang2, lipstik kaler hijau, tak eh, haha, k nak senang jom tengok video yang sha dapat dari youtube ni 



Ha nampak senangkan bila dah tengok tutorial, apa kata korang try, mesti terus bertukar jadi gorgeouss gitu, baru lah orang tengok, ha terkeluaq bijik mata engkoo, haa tu tipuu, k lah, nanti kita samung lagi okayy, dadaaa. thanks sebab sudi membaca. SELAMAT MENCUBA :)

XOXO :)

source : google image, youtube video

5 TIPS KECANTIKKAN DI WAKTU MALAM @ 1:17 AM

Hallu haluu, assalamualaikum sisterssss, haa nampak tak topic entry kali ni, penjagaan muka utk waktu malam ni penting tau, sebab malam lah yg paling sesuai untuk repair kulit muka uolss tu okay.
selalunya kita kan basuh muka and letak pelembab muka la pe la kan bila nak keluar. Benda ni dah jadi rutin harian and kita dah in mind set dalam diri. Tapi bila waktu malam je, badan mesti penat kan, patu tau mesti nak terus g tidur je dengan muka minyak minyak nya, kann.
Tapi korang kena ingat waktu malam hari yg paling elok untuk kita manjakan kulit muka kita yang telah sepanjang hari tercemar oleh habuk, terik matahari dan macam-macam lagi benda kotor yang mudah melekat kat muka kita ni kan.
Kali ini iolss akan kongsikan 5 tips kecantikkan diwaktu malam yang simple untuk merawat kulit muka agar keesokkannya kulit muka uolss akan terasa segar dan bersih. Peloless engkoo
1 ) Basuh Muka
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam , Tips Kecantikan Diwaktu Malam , Tips Kecantikkan
Membasuh muka tu benda penting yg kita kena buat lepas korang pakai make-up waktu siang tu. Even korang tak pakai make-up pun , basuh muka tu diharuskan sebab nak bersihkan segala kotoran yang melekat disiang hari tu. Mula mula basuh muka , patu dengan toner then night cream yang sesuai untuk kulit muka uolss k.
2 )  Dapatkan Tidur Yang Secukupnya.
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam , Tips Kecantikkan Diwaktu Malam , Tips Kecantikkan
Sebaik-baiknya untuk kita tidur kan 8jam sehari, tapi selalunya benda yang buat kita susah nak tidur sebab kesibukkan kita sekarang ni. Then pastikan korang boleh dapatkan kualiti tidur yang cukup dan betul-betul selesa untuk gantikan tidur yang kurang itu. Kalau boleh dapatkan tilam yang boleh memberi keselesaan buat kita , yang empuk empuk, boleh lompat2 tu, haha, walaupun kos dia agak tinggi  tapi berbaloi la kan untuk kita yang kurang tidur tu.
3 ) Krim mata
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam
Untuk yang kurang tidur tu , krim mata pun boleh menolong menyelesaikan masalah mata keletihan. Kulit dibawah mata kita ni kan nipis berbanding keseluruhan kulit muka , that's why kulit kt bawah mata mudah kering and menyebabkan kelihatan hitam disekitar mata dan sembab. Then penggunaan krim mata boleh mengatasi masaalah korang tu ok.
4 ) Masker muka
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam
Masker muka bukanlah benda yang nak kena buat hari-hari kan , korang tu mesti malas gak macam sha ni, haha. Just 2 kali seminggu je dah cukup la tu. Guna masker muka yang bersesuaian dengan kulit muka kita tau. Jangan pakai bedal je plak. Kang tengok bangun pagi sok, ha muka hilang, ah sudah, haha. Korang boleh letak timun kat mata masa pakai masker tu k.
5 ) Lebihkan meminum air kosong
5 Tips Kecantikkan Diwaktu Malam
K even sebenarnya sha memang susah nak minum air kosong kan sebab tak suka (jangan ikut tau), air terbukti yang paling bagus untuk kulit. Kalau kekurangan air , kulit nanti nampak kering jer and mudah berkedut. Ha kang nampak dah tua plak. Jadi jalan yang terbaik adalah minum air dengan banyak. seeloknya satu jam segelas air kosong. Memang susah nak buat tapi kalau selalu amalkan boleh la kot jadi satu kebiasaan untuk kita ye dak?
Sha hope dengan perkongsian tips kecantikan diwaktu malam ni kan dapat lah tolong serba sikit masalah yang dihadapi oleh uolss yang ada masalah kulit muka tu k, SELAMAT MENCUBA 
XOXO :)

source : google image

Monday, January 26, 2015
MASKER BERAS :) @ 2:31 AM

Okay hi, assalamualaikum semua, post kali ni tentang cara membuat masker beras untuk putihkan muka korang tu haa, haaa eksaited taak? Pelik kan beras buat masker, selalu beras orang buat makan nasi je, ha tu lahh beras pun boleh buat muka kita cantik tau. Beras ni satu keperluan untuk manusia, takda beras boleh mati kelaparan la kan, kandungan and nilai nutrisi dalam beras ni memang tak payah nak ragu2 dah bukan je bagus untuk makanan, tapi bahan perawatan yang digunakan dari nenek moyang kita lagi. Masker ni boleh menjadikan kulit kita ni putih, halus and bebas dari jerawat yang kita benci sangat tu kan.
Memang zaman sekarang ni banyak btul produk kecantikan yang ada jual kat luar tu, tapi kita tak tau kandungan and bahan bahan yang digunakan dalam tu, ada yang banyak bahan chemical, merkuri, eh macam macam lah,  yang boleh buat kulit muka kita rosak, nak pulihkan balik dalah ambil masa yang lama, sesuka hati je orang yang tak bertanggung jawab ni main buat je produk tak tentu arah, kita ni pengguna patut berhati hati.
Guna bahan semula jadi atau tradisional ni, bukan lah ketinggalan zaman tapi ia lagi terjamin and selamat digunakan, ye dak?
NI HA CARA CARA DIA NAK BUAT MASKER WAJAH MENGGUNAKAN BERAS




Bahan:
Beras putih 3 genggam:  Untuk hasil terbaik, Ambil beras yang bebas bahan pemutih dan pengawet tau tau



Madu asli sediakan secukupnya:  Just guna je madu asli, bahan ni akan menutrisi kulit wajah uolss tu, menegangkan kulit korang, dan anti radang. Fungsi madu untuk mengentalkan, sekaligus menutrisi kulit. Tapi kalau korang susah nak dapatkan madu, boleh gantikan dengan minyak zaitun or air panas ok.



Cara membuat:
Rendam beras dalam bekas dengan air secukupnya petang tu, dan biarkan terendam semalaman. Keesokan harinya beras dah jadi lembut tu, tumbuk dan haluskan hingga rata, lepas tu jemur bawah matahari sampai kering. Simpan dalam bekas kalau dah kering.
Cara pemakaian:
§  Ambil 2 sendok tepung beras yang korang da buat, campurkan 2 sudu madu asli dan kacau hingga rata. (Da macam resepi memasak la plak en) Boleh jgk nak tambah dengan minyak zaitun, sampai cukup kental untuk letak kat muka.
§  Sapukan pada seluruh muka dan leher korang, letak jauh sikit dari mata dan bibir.
§  Biarkan masker ni sampai 20 atau 30 minit, lepas itu bilas dengan air hingga bersih. Keringkan dengan tuala bersih, ok.
Perawatan wajah masker beras ini boleh dilakukan 1 minggu sekali secara rutin untuk mendapatkan hasil yang bagus gituu. Manfaat masker beras ini sesuai dengan tujuan kecantikan, mcm melembutkan, mencerahkan kulit wajah dan mencegah jerawat. Walaupun hasilnya tak secepat kosmetik buatan tu, namun cara ni terjamin selamat and buat korang nampak cantik dalam jangka waktu lama.
NOTE: Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit, even kering, berminyak, berjerawat and macam2 la. SELAMAT MENCUBA


XOXO :)

source : google image

TIPS MEMILIH FOUNDATION YANG BETUL @ 1:48 AM

Hi and assalamualaikum semua, post saya harini saya nak cakap tentang kecantikan, semua orang dalam dunia ni nak cantik kan, macam Nora Danish ataupun Taylor Swift, betul tak. Mungkin korang selalu insecure dengan kawan kawan korang yang lagi cantik dari korang. Mula lah stalk diorang, diorang pakai produk apa, pakai make up apa, and so on kan. Jangan risau lah pasal semua tu, sebab Allah jadikan semua manusia cantik cantik belaka dan mempunyai kelebihan yang tersendiri kan. So tak payah la nak rasa down dengan fizikal yang korang ada, yang penting keyakinan tu  mesti ada.

Perempuan, mana mungkin berpisah dengan kecantikan, walaupun kadang kadang tak beli tapi sekadar cuci mata dan tahu apa yang terkini dan terbaik di pasaran itu boleh merelease kan hormon-hormon stress, haha. Tambah lagi stress kalau nak beli poket tu tengah kering je, yang keluar dari wallet, adalah rama-rama, tak pun labah-labah. Hahaha. Melopong, terkedu aje lahh kat situ kan.

Ha, okay harini nak cakap pasal cara-cara atau tips untuk memilih foundation yang sesuai untuk kulit muka, mesti ramai yang nak tau kan and mesti ramai yang tanya.MACAM MANA NAK PILIH FOUNDATION YANG BOLEH BUAT KULIT KITA NAMPAK FLAWLESS??”



TANGGAPAN YANG SALAH #1 :
Haiyaaa kebanyakan wanita telah mempercayai konsep atau teori yang SALAH mengenai foundation atau bedak asas muka ni… Untuk pengetahuan kalian, fungsi sebenar foundation BUKANLAH untuk buat kulit kita nampak flawless okay? Tapi lebih tepat lagi, berfungsi untuk MERATAKAN TONA KULIT KITA.

TANGGAPAN YANG SALAH #2 :
Tanggapan kedua yang sering kita salah faham ialah kita anggap foundation ni berfungsi untuk mencerahkan kulit. Iskkk ini pon sedih tau. Aku pun kadang-kadang tak sedor diri beli foundation yang tona dia lebih cerah dari kulit sendiri. Sudahnye, bila pakai nampak sangat pelik, sebab warna kulit kat tangan lebih gelap!

Jadi jika dari awal lagi kita dah ada tanggapan yang salah mengenai fungsi foundation, macam mana kita nak pilih foundation yang tepat untuk kulit muka kita ye dak? Jadi berdasarkan pengalaman saya bertanyakan kepada beauty consultant, kepada jurumekap, membaca tips di majalah dan internet, saya nak share tips tu dengan korang :)



TIPS 1 : KENAL PASTI KONDISI KULIT MUKA ANDA!
Ada yang main taram aje beli foundation. Alhamdulillah kulit saya tak lah terlalu sensitive untuk produk-produk makeup ni, tapi usul periksa dulu bahan yang digunakan, jangan la pergi pakai bedal je. 
Kondisi biasa bagi wanita Malaysia adalah kulit normal, kering dan berminyak. Tak lupa jugak kulit sensitif. Bagi mereka yang kulitnya normal tapi cenderung kering, pilihan foundation yang berasaskan minyak, manakala kulit normal yang cenderung berminyak, pilih yang berasaskan air. Bagi yang kulit sensitif pula, minta nasihat pakar sebelum mencuba sesuatu produk.


TIPS 2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL !


Saya tengok ramai orang cuba foundation kat belakang tapak tangan. Kejadahnye? saya dulu pun masa takde pengetahuan mengenai ini buat jugak cara ni Kahkahkah. Mana yang paling masuk dengan tangan saya beli. Sabor je lah. Belakang tapak tangan kita tu TAK SAMA dengan muka. So kawasan yang betul nak cuba foundation ialah di pipi, dekat area rahang tu ha.. Kita calitkan ketiga-tiga tona tu dan tengok yang mana “paling serupa” atau “paling masuk dengan warna kulit”.


TIPS 3 : AMBIL BERAT MENGENAI USIA ANDA
Jika usia semakin meningkat, garis-garis halus atau kedutan akan mula kelihatan. Tapi kan sekarang ni saya tengok kita yang muda ni pon dah mula ada fine lines kat wajahhh! Oh nooo!! Menurut pembacaan saya, jenis foundation yang sesuai untuk menutup garis-garis halus adalah foundation jenis cream atau mousse.




TIPS 4 : KENAL PASTI TONA KULIT ANDA YANG PALING TEPAT!
Sekarang ni kan ade pengukur kecerahan ape benda entah tuu. Hahah. Macam yang saya sebut awal-awal tadi, foundation ni BUKANNYE untuk mencerahkan wajah tetapi lebih kepada meratakan tona kulit. Jadi, janganlah korang saje-saje pergi beli foundation dengan tona lebih cerah pulak. Serius pelik. Iskk. Tapi kalau saya ler, nak ber-photoshoot memang pakai foundation yang menampakkan kulit cerah supaya masuk je dengan apa-apa warna yang aku pakai.




TIPS 5 : PASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN FOUNDATION DENGAN AKTIVITI HARIAN ANDA!
Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria. Dah banyak kat pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat berhawa dingin, pilih foundation yang melembapkan kulit. Macam saya nak pergi class kan panas terik oi tak terkata, so pilih yang SPF dia tinggi.


TIPS 6 : PILIH PRODUK YANG TERBUKTI, DIYAKINI DAN DIIKTIRAF SELAMAT!
Haaa dah membeli tu jangan main taram beli yang kat pasar malam punye pulak! Ye memang kita nak beli barang yang murah.. Tapi apa guna kalau ia memudaratkan kulit wajah di masa akan datang? Kos perubatan bukan murah, dan kalau kulit wajah bermasalah, ia akan menjejaskan keyakinan kita nak jumpa orang ye dak? So pilihlah produk yang berkualiti dan tidak mengandungi bahan merbahaya kepada kulit.
Bagi yang nak kulit nampak flawless, mula-mula sekali mestilah jaga kulit dari langkah asas. CONTOH : Membersihkan muka setiap hari sebelum tidur, pakai pelembap atau produk yang sesuai. Bagi yang ada masalah parut jerawat di muka, pakailah krim atau minyak yang boleh memudarkan parut.


Macam saya ni, pakai je pimple gel follow me ni, kalau ada jerawat menyinggah je lantas, ha zasss letak benda alah ni kat muka, memang benda ni cepat berkesan and bertindak k. Dalam masa dua hari di macam kecut, and nak pudar la. Saya ni tangan gatal, Nampak je jerawat terus picit, then letak benda ni, nasib baik lah tak tinggalkan parut yang teruk.

Apa-apa pun, nak kulit yang sihat bolehlah amalkan minum air masak banyak-banyak, air wuduk dan pelbagai lagi petua Islamik dan petua menggunakan bahan semula jadi. Bila kulit sihat inshaAllah kurang le masalah kulit lepas tu tak yah pikir banyak nak pakai produk apa.. Tak gitu?


Well, semoga tips yang aku kongsikan di atas sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua yang membaca.. Itu je tips yang saya ingat.. Kalau rajin nak tahu lebih, boleh selak-selaklah majalah kesihatan dan website serta blog-blog tips kecantikan. Thanks!

XOXO :)

source : google image

Tuesday, January 20, 2015
ABOUT ME @ 3:03 PM



Assalamualaikum and hello everyone, my name is Siti Aishah, you can call me Sha for short and I am the author of this blog. Im 20 years old, turning 21 this year -_- erghh. My born day is on 8 December. I am from Port Dickson, Malaysia. Now im studying at Uitm Lendu, Melaka, taking mass and communication course. I am a Malay, Muslim. I have four brothers and im the youngest one, so a little bit ‘manja’ lah sikit kan, sikit ke? Banyak kot, hehe. Im passionate about makeups, beauty related stuffs, shopping, fashion, food,  and all pretty things! I love to get dolled up with makeup even tak ada lah pandai sangat pun, haha and I love taking care of my skin and health *daaa~~. I extremely addicted and love cute packaging stuffs and I find myself attracted to pink and pastel color so much. My main purpose of blogging is to share my thought of what I love and to get interact with all my readers that have same passion like me. I hope you will enjoy reading my blog as much as I do.

XOXO :)